"Do not pray for easy lives...but, pray to be stronger.."

Ahad, 1 Mei 2011

Detik waktu itu

Detik waktu itu
Tidak pernah berhenti
Walau sesaat,
Walaupun seketika

Kekadang terasa diri
Sudah cukup kuat
Hakikatnya
Aku semakin lemah
Terlalu lemah untuk
Menghadapi detik yang mendatang

apabila udara yang disedut
Seakan racun yang membunuh
Seakan hati  ini
Ditusuk duri sembilu
Terasa pedih,sakit dan sengsara
Menunggu saat bila
Detik waktu terhenti

Akan ku lalui detik itu
dengan satu harapan
Walaupun perit
Akan ku teruskan  langkah ini
Walaupun sakit
Akan ku gagahi jua

Kerana aku inginkan
yang terbaik buat diri ini
sebelum detik waktu itu terhenti
tuk selamanya…

 tgsyusyu....
1 mei 2011