"Do not pray for easy lives...but, pray to be stronger.."

Rabu, 13 April 2011

Di persimpangan Cinta Ini

akan terkubur ke???

assalamualaikum semua....
sedang kite belek-belek balik blog ni...tetiba jer terfikir dgn pertanyaan-pertanyaan dari sahabat2.... antara pertanyaannya cmni " lepas submit blog ni pada lecturer, blog ni akan terus hidup ke..terus terkubur ker.. or mcm mane??" hummmm jwpnnya... kite pun xpasti..yang pastinya kite x suke sangat berblogging ni..kikiki terlalu jujur kan?? kan? kan? yang terlalu pastinya.. mmg blog ini akan bersawang jgk lar untuk jangka masa yang agak lama heeeee

p/s: saje jer coret entry ni.... nk release tensen yg melanda diri di akhir2 sem ni :)

Ahad, 10 April 2011

Semua yang ditentukanNya baik :)

Saya mendengar kisah menarik ini dari seorang ustaz, bahawa Ibnu Taimiyah bercerita tentang seorang menteri yang selalu menjawab 'baik' setiap kali ditanya pendapatnya tentang sesuatu. Suatu hari menteri ini menghadiri acara makan malam bersama raja. Ketika sedang memotong buah, raja dengan tidak sengaja telah mencederakan jari telunjuknya sendiri. Pisau yang dia gunakan untuk memotong buah telah menyebabkan jari telunjuknya terpotong dan merasa tersangat sakit. Raja pun bertanya kepada menteri yang duduk disebelahnya tentang kejadian yang baru saja dialaminya.

" baik, wahai Raja." Jawab menteri itu tanpa keraguan.
 "Apa?! Kamu katakan ini baik?" Raja terperanjat dengan jawapan itu.
"Ya, wahai Raja. Itu baik." 
Raja sangat marah dengan jawapan itu. Mana mungkin jarinya yang luka parah itu dianggap menterinya sebagai hal yang baik? Maka dia memerintahkan menteri itu ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Kemudian raja mengunjungi menterinya dipenjara dan bertanya padanya, " sekarang apa pendapat kamu tentang keadaanmu sendiri, masih mahu berada di dalam penjara seperti ini?"
" Baik,wahai raja." jawab menteri itu tanpa ragu-ragu.
 Mendengar jawapan itu, raja menjadi semakin marah dan segera meninggalkan menterinya sendirian di dalam penjara. Dia merasa menterinya itu tersangat bodoh dan keterlaluan memberikan pendapat. Beberapa hari kemudian, raja pergi berburu di dalam hutan dan ditemani menterinya yang lain kerana menterinya yang biasa menemaninya telah dipenjarakan.Mereka pun berangkat dengan kuda menuju ke hutan. Oleh kerana menteri yang baru tidak biasa dengan cara raja menunggang kuda, akhirnya dia tertinggal jauh dibelakang. Mereka terpisah dan raja sendiri akhirnya tersesat di dalam hutan. Bukan saja tersesat, raja juga ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala yang tinggal di dalam hutan itu.
 Raja tersebut ditahan oleh para penyembah berhala dan ditetapkan oleh mereka sebagai korban untuk berhala mereka. Mereka melakukan upacara selama tujuh hari dan pada hari ketujuh mereka membawa raja ke tempat persembahan. Saat raja sudah siap sedia untuk dikorbankan, mereka melihat jari telunjuk raja terpotong, lalu mereka menjadi ragu untuk mengorbankan raja. " kita hanya mempersembahkan yang terbaik dan sempurna pada berhala kita." Kata ketua suku kaum yang memimpin upacara tersebut. " Orang ini jari telunjuknya terpotong, jadi tidak layak menjadi korban." Dengan itu mereka melepaskan raja tersebut dan beliau kembali ke kerajaannya dengan perasaan gembira. Selang beberapa hari selepas peristiwa itu, raja teringat akan kata-kata menteri yang telah membuatnya marah ketika jarinya terpotong. Dia segera ke penjara dan berkata pada menteri itu, " apa yang kamu katakan waktu jari beta terpotong memang betul. itu memang hal yang baik." Lalu raja menceritakan apa yang telah dialaminya hingga dia akhirnya selamat dari ancaman kematian. Menteri itu tersenyum sambil berkata, " saya berada di dalam penjara ini juga baik kerana jika saya pergi dengan raja pada hari itu, saya juga turut tertangkap. Tentu saya yang akan dijadikan korban kerana anggota tubuh saya lengkap dan tidak ada yang cacat." maka Ibnu Taimiyah menutup cerita ini dengan mengatakan " semua yang ditetapkan oleh Allah adalah baik." 
Ya, semua yang ditentukan oleh Allah baik, walaupun kita mungkin belum atau tidak mengetahui kebaikan yang ada di sebalik ketentuan itu :) 



Sabtu, 9 April 2011

Apabila Diri Dihina....

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di kampus atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.
Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:
·  Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. 
·  Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 
·  Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
·  Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.


·   HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
·   Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.











Khamis, 7 April 2011

harga sebuah kemaafan


Assalamualaikum w.b.t..
Sesungguhnya kehidupan kita didunia ini sangat mencabar dan menyakitkan. Seringkali kita diuji dengan pelbagai tohmahan, kejian dan kritikkan yang terkadang melampaui batas kesabaran kita... namun, bukan segala kesedihan dan kesakitan yang ingin saya “highlight” kan disini.. tetapi, kemaafan kita terhadap pelaku itu sendiri. Adakah kita dengan mudahnya menyingkirkan rasa ego yang bermaharajalela dalam diri kita dan memberikan kemaafan dengan begitu sahaja??? Mungkin ya, dan mungkin tidak... sesunguhnya sebuah kemaafan itu sangat berharga dan bernilai kerana memang mudah untuk mengucapkan perkataan “ maaf “ tetapi untuk memberi kemaafan itu adalah sesuatu yang amat sukar...
 
Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi S.A.W, Rasulullah bersabda :
Musa bin Imran bertanya : “ Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya : “ Siapa yang mengutamakan kemaaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan orang lain.”
Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan.
Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.
Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.
Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.
Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.
Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?
Kita seringkali mendengar, “ manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan,” untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya.
Frasa itu juga mengajar kita bahawa “ manusia belajar melalui kesilapan”, walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.
Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin dia juga disakiti.
Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?
Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.
Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?
Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu memaafkan?
Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah dan dendam hanya kerana enggan memaafkan.

Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.
Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.
Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.
Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?

Sabtu, 2 April 2011

Hakikat Kebahagiaan...

Dengar yea.... moga kita kembali tersenyum.. :)


 
orang yang bijak menerima keadaan dan bersikap reda akan dijauhi dari kesedihan. Pada masa yang sama jiwanya juga menjadi lebih kuat dan tidak rapuh kerana beban atau ujian hidup yang melandanya. sementara orang yang yang tidak boleh menerima keadaan dan suka berandaian akan dihantui kesedihan dan penyesalan. jiwanya akan menjadi lemah dan rapuh lalu terus menerus menyalahkan keadaan. sebaliknya, orang yang bijak menerima keadaan dan selalu bersikap reda, mereka akan lebih cepat pulih dari kejatuhannya. mereka melihat dugaan yang menimpa dengan cara yang positif, masih boleh tersenyum dan tertawa dengan dugaan yang dialaminya. bukan kerana mengabaikan dugaan yang dialaminya, tetapi melihatnya dengan cara yang berbeza.